29 January 2011

Makan-makan Ikan Patin, Temerloh

Sedang menjamu selera, ermmm...sedap! cicah ngan budu, lagi power!
Ikan Talapia Bakar pun ade, tapi mahal sikit, RM12 seekor...
Menanti hidangan, perut tengah nyanyi lagu keroncong nih!

Apartment yg kami sewa, besau kan?? (Ruang tamu)

laluan ke bilik2..ade 3 bilik, 4 katil besar dan 1 katil kecil...dan 3 bilik air.

Pasar pagi di Temerloh, Ahad. Buka jam 7.00am-1pm.


Pada 22hb Jan jam 10.30 sabtu, kami sekeluarga bertolak dari KL ke Temerloh, Pahang dengan menaiki van. Kami pergi Temerloh ni pun semata2 nak makan ikan patin masak tempoyak, dan hari Ahadnya pula, ada pasar pagi. Seronok. Korang boleh tgk pelbagai jenis ikan kg, ulam2 kg, dan macam2 lagilah. Sehari sebelum berangkat, saya telah menempah sebuah aprtment di pekan temerloh untuk tujuan penginapan. RM170 sehari. Perjalanan dari KL-Temerloh kalu ikut higway karak, mengambil masa dalam 2 jam. Nak makan ikan patin nie, kami kena booking dulu ikannya dan meja, takut bila dah sampai, ikan dah habis dan meja pun dah penuh. Jadi, sampai jer di kedai makan Pak Usop, kami terus boleh duduk dan terus menikmati hidangan ikan patin masak tempoyak yg sedap tu. Ikan patin KL dgn ikan patin temerloh, jauh bezanya. Bila korang makan ikan patin Temerloh ni, sure korang tak akan makan ikan patin lain dah. saya jamin!. So, ape lagi? jom pakat ramai2 makan ikan patin!

No comments:

Post a Comment