28 July 2012

Holiday di Makassar Indonesia

 Makan pisang epe di tepi pantai Losari..hanya 7000 rph. sedap jugak! :D

 Makan pisang epe sambil menunggu matahari terbenam...cantik kan?

Coto Makassar. Memang power!

 
Di dataran pantai Losari ada pelbagai kegiatan utk mencari rezeki..



Menunaikan Umrahku yang pertama

Pada 17-28hb mei 2012, aku, kakak aku, abg ipar n anak buah dapat menjejaki kaki di rumah Allah. Alangkah bertuah kami kerana dpt menjadi tetamuMu Ya Allah...alhamdulillah.


Kami naik kapal terbang Saudi Air...best. besar n luas seat dia...Dari KLIA-Jeddah ambil masa 8 jam. Fuh! lama tu. Punggung aku sampai kemek..hehehe. Byk tido utk simpan tenaga. hehehe. Setelah sampai airport Jeddah, kami naik bas pulak untuk ke Madinah...6-7 jam jugak...sure letih...

  Makanan pun blh tahan sodap...Nasi beriani kambing beb...hehehe

                                                                  Di MADINAH
 Sesampainya kami ke Madinah, terus check-in hotel Fayyoz. Siap sedia selama sejam untuk solat Subuh.

Suasana di dalam masjid Nabawi

Menunggu giliran untuk ke Makam Rasullulah dan sahabat2nya. Terharu hati bila aku dpt bertemu dgnmu Ya Rasullullah....

Selepas selesai solat subuh, semua jemaah tidak mahu lepaskan peluang untuk membeli pelbagai barangan termasuklah jubah, sejadah, tasbih, selipar..minyak wangi dll...erm...nasihat aku, kalu korang nak shopping, baik shopping kat Madinah. Byk pilihan dan murah. Dekat Mekkah, xde barangan sangat....

Masih bershopping selepas solat Isyak...hehehe.

Di bawah payung di masjid Nabawi. Payung ni buka hanya waktu tertentu sahaja. Aku terpegun dengan kecanggihannya. cantik.

 Suasana jualan waktu subuh...meriah. Dtg peronda je, clear dataran!! hehehe. Haram katanya.

                      Hari terakhir di Madinah. Sayu rasa hati sbb nak meninggalkanmu Rasullulah s.a.w.

KOTA MEKAH

Alangkah terharuku sehingga airmata kami tak henti mengalir kerana mimpi kami jadi nyata...aku berdiri di depan Kaabah, apatah lagi hari pertama kami di Mekah, Allah mengizinkan kami menyentuh Kaabah! Alhamdulillah!!!. Terasa diri ini bertuah dan semstinya kerdil...

Memegang Kaabah dan mencium Penjuru Rukun Yamani. dapat Solat di Hijir ismail, depan Kaabah, di pancur emas...dapat pegang makam Ibrahim, berdoa di depan Multazam.. Kenangan terindah...alhamdullilah!! (moga kalian juga bernasib baik seperti aku.)

 Bergambar di Depan kaabah. waktu ni lepas selesai buat tawaf sunat dalam kul 3am waktu Mekah...xrami sgt waktu ni.

Merenung dataran luar Kaabah...

Di Jabal Rahmah
 Perlu daki bukit ikut anak tangga yang ada. Boleh tahan semput lah nak naik ke sini.Selalunya org ke sini doa banyak-2. Cthnya mintak dpt jodoh. Aku pun ambil kesempatan utk doa jodoh utk aku...maklumlah...moga dpt jodoh yg baik...amin.Kat tiang putih tu penuh dengan nama-2 org. Separuh tiang tu jadi hitam sebab di spray hitam untuk tujuan org yang dtg tulis lah nama kat situ. Kotor jadinya tiang tu.

Masjid Quba
  Solat di masjid quba, seumpama kita dah buat 1 umrah...alhamdulillah...itupun ada caranya untuk mendapatkan pahala seperti itu...

** Demikianlah perjalanan kami menjadi tetamu Allah. Kalu nak cerita, byk lagi ceritanya. Byk dugaan,pengalaman dan cabaran kami lalui. Alhamdulillah, semua baik2 shj. Tip, nak shpg, bauk di madinah shj...nak buat umrah sendiri, ambik teksi shj ke Tanaim. Nak dpt pahala sama seperti umrah, selalulah pergi ke masjid Quba. Nak beli kurma? baik beli di Madinah...Nak pergi umrah tu, xpyh bw jubah byk2...kat madinah melambak org2 jual jubah dari RM20-beratus. Soal makan? kat hotel pun byk...

05 January 2012

Renungilah kawan....

Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.

Ayat Kursi Menjelang Tidur

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya."Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?" Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya."Bohong dia," kata Nabi : "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi."
Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap."Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi." Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."
Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya."Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna.""Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."
Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi."Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya."Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah. "Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.
Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang ertemu denganmu tiap malam itu?""Entahlah." Jawab Abu Hurairah. "Itulah syaitan."

Berkat Membaca Bismillah


Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
Success, Good Health, Love, Peace and everything good..

Cuti sekolah di Tiara Beach Resort Port Dickson 2011






Holiday di PD, seronoklah jugak...bg budak2 yg sukakan pelbagai mainan seperti Water Park, Hotel Tiara Beach Resort adalah tempatnya. Hari tu kami pergi 2 hari 1 malam jer..sewa apartment persendirian milik org di sana. (search kat mudah.com jer...) RM 100. 2 katil single...tapi keluasan dia, mampu tampung 10 org!. kami dah plan awal2...so kami bawa sendiri cadar n bantal...harga tiket nak main kolam lak lain...beli under Tiara, RM15 seorang utk kanak..dewasa..RM30...tapi kami beli under pemilik apartment yg kami sewa...RM15 utk 2 org kanak2, dan RM10 utk dewasa...murahkan? malam2 kami cari ikan bakar...boleh tahanlah....maybe kami akan pergi lagi nanti... :-D

15 June 2011

Selamat Hari Bapa...Papa!!

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..
aku sayang padamu...papa

(MOHD ABDULLAH BIN AWANG)