28 July 2012

Menunaikan Umrahku yang pertama

Pada 17-28hb mei 2012, aku, kakak aku, abg ipar n anak buah dapat menjejaki kaki di rumah Allah. Alangkah bertuah kami kerana dpt menjadi tetamuMu Ya Allah...alhamdulillah.


Kami naik kapal terbang Saudi Air...best. besar n luas seat dia...Dari KLIA-Jeddah ambil masa 8 jam. Fuh! lama tu. Punggung aku sampai kemek..hehehe. Byk tido utk simpan tenaga. hehehe. Setelah sampai airport Jeddah, kami naik bas pulak untuk ke Madinah...6-7 jam jugak...sure letih...

  Makanan pun blh tahan sodap...Nasi beriani kambing beb...hehehe

                                                                  Di MADINAH
 Sesampainya kami ke Madinah, terus check-in hotel Fayyoz. Siap sedia selama sejam untuk solat Subuh.

Suasana di dalam masjid Nabawi

Menunggu giliran untuk ke Makam Rasullulah dan sahabat2nya. Terharu hati bila aku dpt bertemu dgnmu Ya Rasullullah....

Selepas selesai solat subuh, semua jemaah tidak mahu lepaskan peluang untuk membeli pelbagai barangan termasuklah jubah, sejadah, tasbih, selipar..minyak wangi dll...erm...nasihat aku, kalu korang nak shopping, baik shopping kat Madinah. Byk pilihan dan murah. Dekat Mekkah, xde barangan sangat....

Masih bershopping selepas solat Isyak...hehehe.

Di bawah payung di masjid Nabawi. Payung ni buka hanya waktu tertentu sahaja. Aku terpegun dengan kecanggihannya. cantik.

 Suasana jualan waktu subuh...meriah. Dtg peronda je, clear dataran!! hehehe. Haram katanya.

                      Hari terakhir di Madinah. Sayu rasa hati sbb nak meninggalkanmu Rasullulah s.a.w.

KOTA MEKAH

Alangkah terharuku sehingga airmata kami tak henti mengalir kerana mimpi kami jadi nyata...aku berdiri di depan Kaabah, apatah lagi hari pertama kami di Mekah, Allah mengizinkan kami menyentuh Kaabah! Alhamdulillah!!!. Terasa diri ini bertuah dan semstinya kerdil...

Memegang Kaabah dan mencium Penjuru Rukun Yamani. dapat Solat di Hijir ismail, depan Kaabah, di pancur emas...dapat pegang makam Ibrahim, berdoa di depan Multazam.. Kenangan terindah...alhamdullilah!! (moga kalian juga bernasib baik seperti aku.)

 Bergambar di Depan kaabah. waktu ni lepas selesai buat tawaf sunat dalam kul 3am waktu Mekah...xrami sgt waktu ni.

Merenung dataran luar Kaabah...

Di Jabal Rahmah
 Perlu daki bukit ikut anak tangga yang ada. Boleh tahan semput lah nak naik ke sini.Selalunya org ke sini doa banyak-2. Cthnya mintak dpt jodoh. Aku pun ambil kesempatan utk doa jodoh utk aku...maklumlah...moga dpt jodoh yg baik...amin.Kat tiang putih tu penuh dengan nama-2 org. Separuh tiang tu jadi hitam sebab di spray hitam untuk tujuan org yang dtg tulis lah nama kat situ. Kotor jadinya tiang tu.

Masjid Quba
  Solat di masjid quba, seumpama kita dah buat 1 umrah...alhamdulillah...itupun ada caranya untuk mendapatkan pahala seperti itu...

** Demikianlah perjalanan kami menjadi tetamu Allah. Kalu nak cerita, byk lagi ceritanya. Byk dugaan,pengalaman dan cabaran kami lalui. Alhamdulillah, semua baik2 shj. Tip, nak shpg, bauk di madinah shj...nak buat umrah sendiri, ambik teksi shj ke Tanaim. Nak dpt pahala sama seperti umrah, selalulah pergi ke masjid Quba. Nak beli kurma? baik beli di Madinah...Nak pergi umrah tu, xpyh bw jubah byk2...kat madinah melambak org2 jual jubah dari RM20-beratus. Soal makan? kat hotel pun byk...

No comments:

Post a Comment