Pelbagai resepi masakan


KEK BISKUT MARIE




Bahan-bahan

1 bungkus (350g) biskut marie

  • Setengah buku butter
  • 2 biji telur
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn milo
  • 1 cwn air
  • 3/4 cwn gula
  • ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara

  1. patah2kan biskut
  2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
  3. masukkan butter,kacau sampai butter cair
  4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
  5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
  6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang

Resepi Ayam Goreng Berempah
Bahan 1 (dikisar)
1 inci Halia
1 inci Kunyit hidup
3 batang serai
5 ulas bawang putih
Bahan 2
Beberapa ketul Ayam (4 atau 5)
½ sudu jintan manis
½ sudu jintan putih
1 sudu ketumbar
1 biji telur
daun kari
garam

cara-cara memasak
  1. Perap ayam dengan semua bahan 1 yg dikisar dan bahan 2 selama 45 minit atau sejam.
  2. dengan api yg sederhana, goreng ayam tadi sehingga garing
  3. Sedia dihidang ! sedap dimakan ketika masih panas 
p/s : jintan manis, jintan putih dan ketumbar boleh juga ditumbuk (mengikut selera masing2) dan boleh juga digantikn dgn rempah kari ayam..


                                      PUDING ROTI
 Bahan-bahan:

4 keping roti
2 cawan susu segar
3/4 cawan gula (Ikut citarasa.Kalau nak manis lagi, taruk la 1 cawan or lebih)
2 sudu besar marjerin yang telah dicairkan
4 biji telur dipukul
1 sudu kecil ground cinnamon
1 sudu kecil esen vanila
chocolate chip (Optional.Ikut citarasa masing-masing.Ada yang letak kismis)

Cara membuatnya :

1) Pre heat oven to 175 degree.
2) Campurkan telur,susu,gula,ground cinnamon,esen vanila dalam satu bowl.Pukul sehingga sebati.
3) Potong roti kepada cebisan-cebisan kecil .Tuang marjerin yang telah dicairkan tadi dalam baking pan.
5) Masuk roti yang telah dipotong.
6)Tabur chocolate chip atas roti cantik-cantik.
7) Tuang campuran yang dah sebati tadi tu.
8) Agak roti tu tak tenggelam, tekan dengan garfu.
9) Bakar selama 45 minit.

Bila dah siap, jangan terkejut pula kalau tengok puding roti hang naik semacam.Memang dia akan naik macam belon nak pecah.Sejukkan dulu kat luar kasi kecut balik puding tu.Kemudian masukkan dalam peti sejuk.Agak dah lama sikit, dah sejuk gedik, puding siap untuk dimakan.

                                    PUDING KARAMEL
Bahan-bahan
  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARAMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih. (Rasa dengan jari tau)
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. (Akak tuang ke dalam loyang dengan menggunakan tapisan,,nak bagi cantik kat puding tu)
  5. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  6. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  7. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  8. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  9. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti sejuk.

                                   PISANG GORENG RANGUP
Bahan-bahan:
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 2 sudu mkn marjerin-melembutkan adunan
  • 1 sudu mkn gula-utk kelihatan cantik berkilat tuu..
  • 1 sudu kecil garam-merangupkan adunan
  • Sedikit pewarna kuning
  • 2 cawan air-boleh adjust sendiri
  • Pisang Bugis dibelah 3-Pisang dibelah nipis lagi best dimakan :)
Cara-cara:
  1. Satukan tepung gandum,marjerin,gula,garam di dalam bekas.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dkacau rata mggunakan whisk dan warnakn kuning.
  3. Masukkan pisang yg dibelah 3 dan salut dengan tepung sambil minyak dipanaskan
  4. Goreng dgn minyak yg panas sehingga sedikit keperangan.
Ketika menggoreng,JANGAN gunakan api yg terlalu perlahan kerana ia akan membuatkan kuih menyerap minyak dan pastikan minyak betul2 sdh panas sebelum menggoreng.


SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API

Bahan;

1/2 kilo siput sedut
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili api
sedikit halia
sebatang serai
1 biji kelapa diparut
garam secukup rasa
sedikit kunyit
sedikit gula

Cara-cara;

1. Perah santan, dapatkan santan pekat dan cair diasingkan
2. Cuci siput sedut, gaul dengan hampas kelapa tadi dan dibiarkan beberapa jam. Ini membuatkan bau   lumpur hilang dan siput sedut akan lebih sedap. Pastikan bekas ditutup. kalau idak jenuh nak mengutipnya. siput tu masih boleh merayap biasanya.
3. Bawang-bawang, cili api dan halia dikisar atau ditumbuk untuk dijadikan bahan tumis.
4. Bersihkan siput dan potong belakang (hujung)
5. Tumiskan bawang, cili api dan halia, masukkan santan cair dan masukkan siput sedut. Masukkan juga garam,gula dan kunyit serta batang serai yang dititik.
6. Apabila masak, masukkan santan pekat dan didihkan sebentar dan kemudian matikan api.


                                      DADIH COKLAT

Bahan
1 lter susu coklat [ducth lady]
2 cawan air
10 gm serbuk agar-agar
1/2 cawan gula

Cara
1. Masakkan agar dan air sehingga mendidh.
2. Masukkan gula dan kacau.
3. Masukkan susu coklat.
4. Masukkan adunan kedalam cawan kecil dan sejukkan.
5. Simpan dalam peti sejuk semalaman.

NOTA
Bolah digantikan dengan perisa Strawberry atau sebarang perisa


         Udang Masak Mentega (Butter Prawn)
Bahan-bahan:-
1 kg - udang sederhana
7biji - telur ayam
1cwn - susu cair
125g - butter
Minyak secukupnya untuk menggoreng udang
1 genggam - daun kari
15 ulas - cili padi (ditumbuk)
3 sudu besar - serbuk kari
Garam dan serbuk kunyit secukup rasa

Cara memasaknya:-

1. Buang kepala udang, basuh,toskan. Lumurkan dgn garam dan serbuk kunyiti, goreng 3/4 masak. Angkat dan asingkan.
2. Butter dicairkan dlm kuali,bila panas secukupnya tambahkan 1 senduk besar lebihan minyak goreng udang tadi. Kecilkan api. Masukkan susu cair.
3. Pukul telur dgn serbuk kari,cili padi yg telah d tumbuk beserta 1 sd kucil garam. Campurkan telur kedalam susu cair didlm kuali,di kacau berterusan seperti membuat "scramble egg" sehingga telur kering menjadi kutil2 halus yang kekuning-kuningan..
4.Masukkan daun kari dan udang yg telah digoreng kedalam telur itu, dibalik-balikan hingga rata. Tambah garam secukup rasa.

PISANG SIRA











Bahan-bahan-:
1) Pisang (nama pisang jangan tanya yer. tanya jurujual dia, pisang per sesuai buat sira) sebab mak ngoh pun tak tahu. Mak ngoh tahu pisang tunjuk jer. Rasanya macam semua jenis pisang boleh dibuat sira.
2) Gula melaka atau gula batu atau gula biasa
3) Daun pandan
4) beberapa kuntum bunga cengkih
5) sedikit madu (pilihan)
6) kapur makan
7) secubit garam
8) air

Cara menyediakannya - :
1) Pisang dibelah dua. Kemudian direndamkan dalam air kapur lebih kurang setengah jam.

2) Bersihkan pisang yang telah direndamkan air kapur tu dan toskan.

3) Masukkan air ke dalam periuk. Banyak air bergantung kepada citarasa anda.

4) Masukkan gula. Gula tu ikut suka anda nak pakai jenis gula yang mana. Lain negeri lain gula:)

5) Masukkan secubit garam. Tujuan garam bukan nak kasi masin ye. Sekadar nak bagi kelainan rasa. Pastikan masukkan sedikit garam jer.

6) Biarkan mendidih. Lepaskan tu masukkan pisang yang telah ditoskan tadi. Masukkan madu.

7) Masukkan bunga cengkih dan daun pandan yang telah diracik-racik.

8) Biarkan seketika dan angkat. 

MEE TOM YAM












Bahan-bahan - :
400 gram mee kuning tapi boleh ganti juga dengan mee hoon.
1 biji bawang merah dihiris
1 ulang bawang putih dihiris
sebelah bawang besar kuning dihiris tebal sikit.
2 sudu makan sos tom yam Thai
4 ekor udang sederhana besar
50 gram ayam
50 gram daging
50 gram fish cake yang dipotong nipis
1 batang serai dititik
sedikit lobak merah dipotong kecil
sedikit bunga kubis dipotong kecil
3 helai daun limau purut
1 biji tomato dibelah empat
1 cawan air
sedikit garam

Cara memasaknya -:
Tumiskan bawang merah dan bawang putih.
masukkan air dan diikuti sos tom yam. Biarkan mendidih.Selepas mendidih, masukkan udang, ayam dan daging diikuti dengan serai yang telah dititik.Setelah, ayam dan daging empuk, masukkan juga lobak merah, fish cake, bawang besar kuning dan bunga kubis.Masuk garam. Itu pun jika nak rasa masin..Kemudian, masukkan mee kuning. Kacau sekejab.Masukkan tomato dan daun limau purut.
 
 
 
 
 AYAM PERCIK

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 sekor ayam yang dipotong 4
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 biji bawang putih
  • 1 labu bwg besar
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai
  • 1 camca kecil ketumbar
  • 1/2 camca kecil jintan putih
  • 1/2 cawan tepung beras
  • sedikit air asam jawa@asam keping
  • cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.
  2. masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.
  3. angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
  4. bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
  5. hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2 

  AYAM MASAK PERCIK


 

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 150 gram isi ayam (direbus)
  • 1.5 inci halia (diracik halus)
  • 3 ulas bawang merah (diracik halus2)
  • 1 batang serai (di ketuk)
  • 4 sudu cili boh
  • 5 helai daun limau purut (disiat2)
  • 6-7 biji cili padi (diketuk)
  • Kubis bunga
  • Kacang panjang
  • Lobak merah
  • Kicap Cap Kipas Udang
  • Sos tiram
  • Garam & Ajinomoto

Cara-cara

  1. Mula sekali, isi ayam hendaklah direbus dengan kuantiti air yang sederhana untuk mendapatkan stok yang sederhana pekat. X perlu direbus lame2.
  2. Kemudian tumis halia, bawang merah & serai sehingga garing & berbau harum. Masukkan pula cili boh. Kacau hingga wangi lepas itu masukkan Kicap, garam & ajinomoto secukup2 rasa.
  3. Masukkan pula isi ayam yang telah direbus & juga stok ayam kedalam bahan yg telah ditumis tadi. (Kalau suka kuah pekat campur dgn tepung jagung) Kacau & biarkan selama 2 minit. ( isi ayam boleh digantikan dgn udang@sotong bagi yg meminati seafood.)
  4. Selepas itu masukkan pula daun limau, cili padi, kubis bunga,kacang panjang & carrot. Kacau sehingga bau & rasanya sebati. Akhir sekali, barulah dimasukkan sos tiram. 

 UDANG MASAK BUTTER BASAH

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 500g udang (dibuang kulit & saraf kat belakang dia tu) - supaya bentuk udang tu nampak cantik je bila goreng nanti...
  • 80g tepung jagung
  • 40g tepung gandum
  • 150ml susu cair
  • 3-5 helai daun kari
  • 3 tangkai cili hijau
  • minyak untuk menggoreng
  • garam & ajinomoto
  • gula
  • bawang putih (ditumbuk)
  • halia (ditumbuk)
  • 2 sudu besar butter

Cara-cara

  1. Perap udang yang telah dibuang kulit bersama garam, bawang putih, & halia yang telah ditumbuk. Perap selama 30 minit di dalam peti sejuk.
  2. Campurkan tepung jagung & tepung gandum. Setelah itu, panaskan minyak.
  3. Lumurkan campuran tepung tadi keatas udang & goreng sehingga masak. Toskan minyak apabila sudah masak & abaikan.
  4. Cairkan butter & tumis bawang putih & daun kari sehingga naik bau.
  5. Setelah itu, masukkan susu cair & cili hijau yang telah dihiris kecil-kecil.
  6. Tambahkan garam, ajinomoto, & gula sebagai perasa. Tunggu sehingga sos mendidih.
  7. ** Untuk memekatkan sos, campurkan 1/2 sudu besar tepung jagung bersama 1 sudu besar air & tuangkan ia ke dalam sos. (Jangan terlalu banyak, nanti jadi terlampau pekat).
  8. Apabila sos sudah masak, tutup api & tuangkan sos keatas udang yang telah digoreng tadi.