26 February 2011

Iblis Menangis Mendengar Orang Memberi Salam ..


Sabda Rasulullah SAW: “Wahai manusia sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah di waktu malam pada waktu org2 lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga.”Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yg bermacam2, semuanya boleh di lihat dari luar isi dalamnya dan dari dalam boleh di lihat di luar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yg belum pernah dilihat oleh mata, yg belum pernah di dengar oleh telinga dan tidak pernah dibayangkan oleh hati mnusia. Lalu bertanya para sahabat: “Ya Rasulullah, utk siapakah kamar2 itu?”Sabda Rasulullah SAW: “Ianya adalah bagi org2 yg menyampaikan salam, bagi org yg memberi makan, bagi org yg selalu brpuasa, bagi org yg mengerjakan solat malam ketika org lain sedang tidur.”Bertanya para sahabat: “Siapakah org yg kuat mengerjakan semua itu, ya Rasulullah?”Sabda Rasulullah SAW: “Akan aku terangkan kpd kamu semua:
1) Barangsiapa bertemu dengan saudara (Semua org islam) dan memberikan salam kpdnya, maka sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.
2) Barangsiapa memberi makan ahli keluarga/anak isterinya sehingga kenyang maka sesungguhnya ia telah memberi mkn.
3) Barangsiapa berpuasa dlm bulan Ramadhan, kemudian dia puasa 6 hari dlm bulan syawal (selain 1 syawal haram berpuasa) bererti dia telah sentiasa berpuasa.
4) Barangsiapa solat isyak dan solat subuh berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mengerjakan solat malam ketika org lain sedang tidur.
Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yg berbicara sebelum memberi salam, maka janganlah kamu menjawab.”Ibnu Abbas ra berkata: “Sesungguhnya iblis yg terkutuk itu menangis, sewaktu sesorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh; “Aduh celaka, kedua mukmin itu tidak berpisah keduanya melainkan diampuni dosanya.”

16 February 2011

Persepsi Diri: Sikap Suka Menunding Jari

Oh Bangau oh Bangau
Kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tidak timbul-timbul2x

Oh ikan oh ikan
Kenapa engkau tidak timbul
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat 2x

Oh rumput oh rumput
Kenapa panjang sangat
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku2x

Oh kerbau oh kerbau
Kenapa engkau tak makan rumput
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit2x

Ok perut oh perut
Kenapa engkau sakit
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah2x

Oh nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah
Macam mana aku tak mentah
Kayu api basah2x

Ok kayu oh kayu
Kenapa engkau basah
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku2x

Hujan oh hujan
Kenapa engkau timpa kayu
Macam mana aku tak timpa kayu
Katak panggil aku2x

Katak oh katak
Kenapa engkau panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku2x

Ular oh ular
Kenapa engkau kau nak makan katak
Macam mana aku tak makan katak
Memang makanan aku2x

Teringat zaman sekolah rendah dulu, lagu ini lah yang selalu dinyanyikan tanpa memahami makna sebenar yang hendak di ketengahkan mesejnya. Sesekali difikirkan mungkin tak membawa mesej apa-apa pun, tetapi pernahkah anda terfikir bahawa mesej sebenar yang hendak di bawa ialah janganlah kita suka menuding jari kepada orang lain, kerana sifat menuding jari kepada orang lain ini tak akan mendatangkan manfaat buat diri kita mahupun orang lain. Apa yang kita akan peroleh jika kita hanya mampu menuding jari terhadap orang lain? Pasti jawapannya ialah tiada apa-apa pun yang akan kita peroleh, ramai yang pasti bersetuju.

Sikap ini sebenarnya mencerminkan diri kita sendiri, kita umpama menuding jari kepada diri sendiri. Pernahkah anda berfikir apakah tindakan kita? Dengan hanya menunding kepada sesuatu permasalahan, masalah tidak akan selesai jika tiada tindakan dari kita, dengan menyalahkan seseorang, masalah juga tidak akan selesai. Yang pentingnya ialah tindakan kita, itu yang pasti.

Daripada Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw.Bersabda: "Jika ada seseorang berkata: Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka"

Daripada hadis diatas Imam Nawawi menerangkan bahawa ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus-Shalihin beliau memberikan penjelasan seperti berikut:

Larangan semacam di atas itu (larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasakan dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini adalah haram.

Ada pun orang berkata seperti ini kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan itu tidak ada salahnya.
Daripada hadis ini serta penerangan hadis tadi, jelas menunjukkan kepada kita bahawa, kita tidak digalakkan bersikap suka menyalahkan orang lain tambahan lagi dengan adanya rasa bangga pada diri kita sendiri.
Mungkin ada dikalangan kita yang berasa bangga apabila menuding kepada pekara-perkara yang tidak pernah kita lakukan. Maka mari kita sama-sama muhasabah diri kita sendiri, dia atau kita sebenarnya bermasalah. Mungkin dia bermasalah dari segi luaran sahaja tetapi kita bermasalah dari segi dalaman. Siapa yang lebih besar masalahnya?

Oleh kerana itu apabila kita cuba mengaitkan hadis tersebut dengan realiti umat Islam dewasa ini, maka janganlah kita merasa bangga dan ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menunding orang lain. Walaupun hal kerosakan moral umat islam dewasa ini yang diketengahkan, biarlah pendedahan itu di dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.
wallahualam.

15 February 2011

Memahami Erti Maulidur Rasul


Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

04 February 2011

Family Holiday, Pulau pangkor 1-3 Feb 11

Sesampainyer kami di Jeti Lumut tepat jam 2.30pm
Petang tu, kami sekeluarga terus ke pantai untuk ke Coral, snockling.

next day, naik banana bot, kami sewa satu banana ni, Rm95 untuk dua pusingan. Pengalaman yg paling best di Pulau Pangkor!
Nak balik dah, sempat berposing depan "House stail" yg kami sewa selama 3 hari dua malam. RM250 semalaman. Boleh masuk sampai 30 orang! dan ade tempat memasak!
Atas bot, sewaktu perjalanan ke pangkalan Lumut.

Percutian yang paling seronok untuk kami.