15 June 2011

Selamat Hari Bapa...Papa!!

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..
aku sayang padamu...papa

(MOHD ABDULLAH BIN AWANG)

13 June 2011

Cuti sekolah di Pulau Pangkor (2-4 jun 2011)




MAKSUD "FITNAH LEBIH DAHSYAT DARI MEMBUNUH"

Firman Allah SWT

والفتنة أشد من القتل / والفتنة أكبر من القتل

Terjemahannya " FITNAH itu lebih dahsyat dari pembunuhan" dan "FITNAH itu lebih besar dari pembunuhan" (Al-Baqarah 191 dan 217)

Maksud FITNAH.

Para ulama mentafsirkan kalimah FITNAH di dalam ayat ini dengan beberapa maksud. Di antaranya ialah:

1) Syirik atau Kufur.
2) Penyeksaan golongan musyrikin terhadap org yang beriman.
3) Usaha untuk memurtadkan org Islam.
4) Azab akhirat
5) Ujian dan bala bencana
6) Mewujudkan suasana masyarakat yg rosak yg menyeleweng.

Inilah kesimpulan maksud fitnah di dalam ayat tersebut.

Salah Faham.

Sebahagian kita memahami bahawa FITNAH yg disebut di dalam ayat ini termasuk 'TUDUHAN' secara umum. Lantas kita apabila adnya sesuatu tuduhan yang berlaku walaupun sekecil mana sekalipun, kita terus berhujjah dengan ayat ini. Hakikatnya kita telah tersalah dlm berhujjah dengan ayat ini. Ini kerana tiada seorang ulama pun (setakat penelitian saya) yg mentafsirkannya dengan makna tuduhan.

Imam Jalaluddin AsSuyuthi di dalam kitabnya 'AL-ITQAN' menyebut bahawa kalimah FITNAH digunakan di dalam Al-Quran dengan 15 maksud, tetapi tidak ada maksud "TUDUHAN" .

Dari sudut bahasa arab pula, kalimah FITNAH mempunyai banyak maksud tetapi juga tidak ada maksud 'TUDUHAN. (Lihat Qamus Muhith ms 1100)

Perbezaan dua bahasa.

Kadang-kadang satu-satu kalimah digunakan oleh berbagai-bagai bahasa tetapi mempunyai maksud yang berbeza diantara satu bahasa dengan yg lain. Ini seperti kalimah FITNAH yang beerti tuduhan di dalam bahasa melayu tetapi berbeza maksudnya di dalam bahasa arab.

Ust Khairul Azmi Al-Muqry
Mudir Darul Fikri

06 June 2011

Percutian di Pantai Rantau Abang, Terengganu

Di Pusat Penerangan Penyu, Rantau Abang, Terengganu.
Masjid Kristal, Terengganu.


Pantai Rantau Abang, waktu subuh.


Di tempat Batu Sumpahan Penyu, Rantau Abang, terengganu.


Depan Chalet yg kami sewa. Betul2 depan pantai...

KELEBIHAN BULAN REJAB




Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”



Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:
“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”



Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”



Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya.
Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.


11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

17 May 2011

Sajak " Guru O Guru"






BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979



10 May 2011

Holiday di Bukit Tinggi, Padang. Sumatera Indonesia (3-7 May 2011)






Kami berangkat pada 3 may 2011 jam 7.50am dengan penerbangan air asia. Perjalanan ke Padang ni, mengambil mase selama 1 jam 10 minit. (kejap jer..xsempat nak tido pun...). setibanya di terminal Minangkabau, kami berempat terus mengambil teksi utk ke Bukit Tinggi. Tambang ke BT tu, sebanyak Rp220,000. Duit kite? dalam RM65 kot..Perjalanan ke sana, lebih kurang dua jam kalu xjem..kalu hari libur..boleh sampai 4 jam..letih tuh.... sesampainye diBT, kami menginap di hotel Gallery..Rp350 semalaman...ada 3 katil dan ruang tami yang luas...hotel ni dekat dengan pasar jer..jln kaki jer. lbh kurang 4 minit jer..emm..apalagi, lepas jer letak brg2 dlm hotel, kami pg makan n shopping...beli kain pasang..tujuan aku beli nak jual kat KL...untunglah sikit...2 malam di BT, kami ambil teksi turun pergi ke Padang Kota. menginap di hotel Benjamin. Rp350 semalaman. 2 katil king..selesalah...hotel ni dekat sangat dengan pasar..belakang hotel jer.... mmg seronok ke BT ni, apa tunggu lagi? cubalah sendiri!! :D

02 May 2011

Selamat hari Ibu, Mama...

Ibu..Kau memberikan separuh hidupmu..Memberikan banyak cinta untukku sepanjang hidupmu..Menjadi tempat mengaduku..Kau memberikan semangat untukku..Memberikan waktumu untukku..Hanya kau wanita yang paling kucintai di dunia ini..

Ibu..Hanya kau yang mempunyai waktu untuk mencintaiku..Ibu..Hanya air matamu yang mengalir untukku..Ibu..Hanya engkau yang menyerahkan nyawamu untuk menyelamatkanku..
Hanya ada uluran tanganmu ketika aku menangis..Hanya ada senyummu ketika aku bersedih..Hanya ada tawamu ketika aku senang..


Ibu..Hanya engkau yang ada dalam hatiku. Ibu..Seandainya aku bisa menghapus air matamu..Seandainya ibu tahu aku juga merasakan pedihnya hatimu..Aku merasakan jika ibu sedang sedih..Tapi gadis kecilmu ini tidak dapat berbuat seperti yang ibu lakukan padaku..
Ibu..Seandainya aku bisa menggantikan kesedihan ibu dengan tawaku..Seandainya aku bisa memberikan nyawa ini walau hanya separuh dari nyawaku..Seperti yang ibu lakukan ketika melahirkan aku..


Seandainya aku bisa menjadi tempat mengadumu..Seperti aku yang bisa mengadu padamu..
Aku hanya ingin menyapu air matamu, ibu….Aku juga ingin merasakan perih dan pedih yang ibu rasakan. Ibu..Sejuta cintaku Sejuta kasihku Sejuta perhatianku Dan sejuta sujudku ditelapak kakimu…


Allah, Angkatlah beban ibuku…Hanya Engkau yang bisa. Kerana hanya Engkau tempat mengadu ibuku..


Ibu, Aku mencintaimu dengan sepenuh hati dan jiwaku
Hanya untuk ibu seorang..
SEMOGA PANJANG UMUR MAMA...

(ROSHANI BINTI AZIZ)

29 April 2011

Selamat Ulang Tahun "BOS" 27 April 2011

Semoga, dilimpahkan rezeki melimpah ruah, sihat tubuh badan, ceria sentiasa, diberkati Allah sentiasa dan semoga tabah dengan setiap dugaan yang datang tanpa mengira sesiapa pun angkaranya, walaupun orang yang paling terdekat.

18 March 2011

Keadaan di Mekah Minggu lepas

Jemaah keluar masuk Pintu Utama
Dataran Kaabah 7 March 2011
Jemaah mengambil tempat di atas jalan raya untuk menunaikan solat...
Subhanallah......

Suasana depan Kaabah...

Selamat Menunaikan Umrah....Mama & Papa




Semoga ibubapa kami berjaya mengerjakan ibadah Umrah dengan jayanya dan beroleh umrah yang mabrur tanpa banyak halangan. Kami mendoakan agar mereka dan rombongannya agar selamat pergi dan selamat kembali. Akhir kata adalah menjadi harapan kami agar mereka mendoakan kesejahteraan kita semua dunia dan akhirat. Amin.

Mualaf??

Bersiap sedia nak ke Airport untuk hantar Tokma Tokpa pergi umrah...tapi macam dia pula yang nak pergi...

14 March 2011

Tempat baru ku....ah! selesanyer...



Inilah tempat tinggal arnab peliharaan kami yang baru...dari pukul 9.30am-6.30 baru siap kandang arnab nih..walaupun xseberapa, tapi hasil kerjasama yg baik, akhirnya siap jugak...dapatlah arnab2 nih bergerak dengan lebih luas dan selesa...

Ape nak jadi ni?

Rajinnyer...anak sapa nie? Mazo angkat kain, erm...mane kakak2 die nie?
Atas kepala tu, baju tu! pandai lak cari idea...
Mat of Zorro....akan datang....


Majlis Solat hajat



Mama Papa nak pergi buat umrah, so kenduri solat hajat diadakan untuk mendoakan pemergian mereka nanti dan berjumpa sanak saudara untuk mohon maaf...