Makanan pun blh tahan sodap...Nasi beriani kambing beb...hehehe
Sesampainya kami ke Madinah, terus check-in hotel Fayyoz. Siap sedia selama sejam untuk solat Subuh.
Suasana di dalam masjid Nabawi
Selepas selesai solat subuh, semua jemaah tidak mahu lepaskan peluang untuk membeli pelbagai barangan termasuklah jubah, sejadah, tasbih, selipar..minyak wangi dll...erm...nasihat aku, kalu korang nak shopping, baik shopping kat Madinah. Byk pilihan dan murah. Dekat Mekkah, xde barangan sangat....
Masih bershopping selepas solat Isyak...hehehe.
Di bawah payung di masjid Nabawi. Payung ni buka hanya waktu tertentu sahaja. Aku terpegun dengan kecanggihannya. cantik.
Hari terakhir di Madinah. Sayu rasa hati sbb nak meninggalkanmu Rasullulah s.a.w.
KOTA MEKAH
Memegang
Kaabah dan mencium Penjuru Rukun Yamani. dapat Solat di Hijir ismail,
depan Kaabah, di pancur emas...dapat pegang makam Ibrahim, berdoa di
depan Multazam.. Kenangan terindah...alhamdullilah!! (moga kalian juga
bernasib baik seperti aku.)
Merenung dataran luar Kaabah...
Di Jabal Rahmah
Perlu
daki bukit ikut anak tangga yang ada. Boleh tahan semput lah nak naik
ke sini.Selalunya org ke sini doa banyak-2. Cthnya mintak dpt jodoh.
Aku pun ambil kesempatan utk doa jodoh utk aku...maklumlah...moga dpt
jodoh yg baik...amin.Kat tiang putih tu penuh dengan nama-2 org. Separuh
tiang tu jadi hitam sebab di spray hitam untuk tujuan org yang dtg
tulis lah nama kat situ. Kotor jadinya tiang tu.
Masjid Quba
Solat di masjid quba, seumpama kita dah buat 1 umrah...alhamdulillah...itupun ada caranya untuk mendapatkan pahala seperti itu...
** Demikianlah perjalanan kami menjadi tetamu Allah. Kalu nak cerita, byk lagi ceritanya. Byk dugaan,pengalaman dan cabaran kami lalui. Alhamdulillah, semua baik2 shj. Tip, nak shpg, bauk di madinah shj...nak buat umrah sendiri, ambik teksi shj ke Tanaim. Nak dpt pahala sama seperti umrah, selalulah pergi ke masjid Quba. Nak beli kurma? baik beli di Madinah...Nak pergi umrah tu, xpyh bw jubah byk2...kat madinah melambak org2 jual jubah dari RM20-beratus. Soal makan? kat hotel pun byk...
No comments:
Post a Comment